Wednesday, May 18, 2011

KEKUATAN DOA

Doa adalah merupakan penghubung kita dengan pencipta kita, kerana kita hanyalah hamba-Nya seharusnyalah kita tidak melupakan ALLAH yang maha esa. Entri kali ini adalah berkaitan dengan doa. Kiranya padaku kebergantungan pada ALLAH adalah yang terbaik. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui segala-galanya. Tanpa belas kasih-Nya siapalah kita. Di sini ada sedikit info berkaitan doa yang aku ingin kongsikan. Harapnya yang baik dapat dijadikan teladan, semoga mengingati diri sendiri dan orang lain...=)


 Petikan dari firman ALLAHdan juga hadis dari Rasullah yang berkaitan dengan doa:

 ALLAH SWT berfirman; Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka); Sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka), AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU.


[Al Baqarah ayat 186]





 ALLAH SWT berfirman; Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadanya, dan menghapuskan kesusahan.


[An Naml ayat 62]


 Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya ALLAH berfirman; Sesungguhnya Aku berada di dalam sangkaan hambaKU (AKU akan bermuamalah dengannya sebagaimana yang dia sangkakan terhadapKU) dan AKU bersama dengannya ketika dia berdoa kepadaKU.


[Hadis riwayat Muslim]



 Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda; Berdoalah kamu kepada ALLAH dengan penuh yakin bahawa doa kamu diterima. Ketahuilah! Bahawasanya ALLAH tidak akan menerima doa seseorang yang hatinya lalai (ketika berdoa). Mengingati yang lain selain ALLAH.


[Hadis riwayat Tirmizi]



 Dari Ali RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda; Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi.


[Hadis riwayat Hakim]


Diruangan ini juga aku nak kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan waktu-waktu yang afdhal untuk memohon doa:


• Ketika waktu hujan


• Ketika diri dianiaya


• Ketika mendapat kesenangan


• Ketika waktu sepertiga malam(sekitar pukul 3 pagi sehingga pukul 6 pagi diwaktu ambang subuh setiap hari)


• Ketika dalam keadaan bersabar menanggung penderitaan dan kesusahan


• Ketika waktu malam lailatul Qadar(Malam Qadar) malam yang lebih baik dari seribu bulan menurut Al-Quran,pada malam ini Allah akan memberkati hambanya yang sanggup berjaga malam dan berdoa kepadaNya semata-mata untuk mendapat kan keberkatan dari Allah SWT.Malam Lailatul Qadar masih tidak dapat dipastikan waktunya dengan tepat,namun Nabi Muhammad bersabda carilah malam Qadar pada sepertiga malam terakhir pada 27 Ramadhan ataupun pada 10 malam terakhir Ramadhan)


• Selepas laungan Azan berkumandang


• Selepas Iqamat dibacakan


• Sewaktu berada ditempat yang suci dan bersih


• Sewaktu berzikir,berselawat,tahlil,tahmid,tasbih,takbir kepada Allah dan Rasullullah


• Sewaktu sujud dan rukuk kepada Allah SWT dalam solat


• Sewaktu melawat orang sakit dan mendoakan kebaikan dan kesihatannya


• Sewaktu melawati jiran tetanggga


• Sewaktu gerhana bulan


• Sewaktu gerhana matahari


• Sewaktu meminta hujan


• Ketika waktu penganut Islam menunaikan Haji yakni ketika mereka berada di Jabal Rahmah di Padang Arafah,Arab Saudi.



Sunday, May 8, 2011

~Selamat Hari Ibu~

Coretanku ini ditujukan khas untuk semua ibu-ibu yang ada di dunia, terutama sekali buat ibuku....pn Sarah bt Mohamad. Rasanya tidak terhitung pengorbanan yang dilakukan utk membesarkan kami adik beradik. Ya Allah hanya Engkau sahaja yang maha mengetahui. Allah pada-Mu aku memohon agar aku diberi peluang menjadi anak yang baik dan solehah. Biar la aku ungkapkan di sini yang tanpa ibu, ntah siapalah aku.... Allah sembuhkanlah ibuku....i really miss her so much...