Tuesday, December 7, 2010
Hari-hariku slps bergelar penganggur
Walaupon latihan praktikal suda tamat tp tesis perlu disiapkan dengan kadar segera sb DATE LINE da dekat.
Dlm sibuk2 nk hantar tesis, ak dan member 1 batch kena attend 1 program fakulti punya. Tp memg best sgt memg x menyesal la dapat join. Kepad rakan2 yang xjoin kasihan kamooo….
program BON VOYAGE ni ala2 teambuilding. Memg best sgt g ngan coursemate yg best, fasi yg sportin' giler….huhu memg rasa mcm nk g berkali2….nak2 program 2 wat kat pulau . Suasana yg indah dan mendamaikan. Erm memg pulau2 kat Malaysia memg cantik dan mengujakan la.
Pulang dr pangkor…msih mengejar dateline tesis. Dekat2 nk hantar banyak lak kena betolkan….tp alhamdullilah ak dpt advisor yang sangat membantu, beliau banyak member idea2 positive dan membina. Akhirnya lulus gak final tesis untk dihantar jilid.
Dlm proses nk mem’print’ dan menjilid tesis kuasa ALLAH, BANJIR yg agak dahsyat melanda Perlis. Kiranya ini merupakan banjir terburuk yg dihadapi dlm sejarah. Dan aku juga turut terjadi magsa banjir (walaupon umah xnaik air). Huhhu bayangkan aku terpaksa bermalam 2 mlm di Arau tanpa bekalan elektrik. Huhuhu…ujian Allah. Tp walaubagaimana pun alhamdullilah semua berjalan dengan lancar, tesis tersebut dpt dihantar pd Miss Penyelia. ketika aku menulis entry ni aku sedang berdebar-debar tunggu result dr Mr.Advisor aku….huhhu doa2 kan yg terbaek….(@@,)
Bru je hilang penat hbh buat tesis, hari raya aidiladha menjelma. Seperti thn2 sebelumnya.. my mother akan buat korban. Separuh dr daging akan dimasakan utk dimakan beramai2 n yg lain disedekahkan….alhamdullilah. semua berjalan lancar…sangat bahagia rasanya dpt berkumpul semua sanak saudara dan jiran2 terdekat.
Ya Allah, kuatkan la hati hamba-mu yang kerdil ini, Mak sakit…..selama seminggu kami sekeluarga xkeruan…..jumpa doc pon sudah, ustaz pon sudah…alhamdullilah buat masa ni mak da sedikit pulih dr sblm ni. YA ALLAH, SEMBUHkan mak dr segala kesakitan….
Dan sekarang, aku masih menganggur semoga aku cepat bertemu jodoh dengan PEKERJAAAN dan aku lebey rajin mengisi borang kerja. Aku percaya rezeki ada di mana2 kerna bumi ALLAH ni luas dan dia Maha Pemberi.
Thursday, September 23, 2010
PraKTikal oh praktikal 2
Jangan Jadi Seperti Gelas
“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu. Setelah itu cuba kau meminumnya sedikit.” Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air masin. “Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajahnya masih mengernyih. Sang guru ketawa kecil melihat wajah anak muridnya yang menyeringai kemasinan. “Sekarang ikut aku.” Sang guru membawa murid nya ke danau berhampiran tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau. Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang guru.
Friday, August 20, 2010
Salam Ramadhan
Apa itu bersahur? Mengapakah kita perlu bersahur? Sebenarnya amalan bersahur adalah sunnah Nabi s.a.w dan diceritakan bahawa Rasulullah tidak pernah meninggalkan bersahur pada Ramadan. Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.’ (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim ) Bersahur ada keberkatan. Persoalannya keberkatan yang bagaimana? Pertama mari kita tinjau lagi apa yang dikatakan oleh Rasulullah. Dalam kitab Shahih al-Jaami’ ada direkodkan satu pernyataan Nabi yang katanya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memohon rahmat) ke atas orang-orang yang bersahur.” Masya-Allah, begitulah hebatnya bersahur. Amalan bersahur yang kita laksanakan itu bermakna kita telah menegakkan amalan sunnah Rasulullah dan ini juga satu pembuktian iman dan takwa. Abu Sa’iad Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengatakan: “Bersahur itu semuanya berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun salah seorang kamu bersahur dengan seteguk air kosong, kerana sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya memohon rahmat kebaikan kepada mereka yang bersahur.” Pernyataan hadis Nabi ini boleh kita rujuk dalam kitab Shahih At-Targhib Wa At-Tarhib.
Ahlul-Kitab tidak pernah makan sahur untuk berpuasa, justeru kita umat Islam diperintahkan untuk membezakan diri dengan mereka. Meskipun tanpa bersahur puasa kita tetap sah di sisi Allah, namun dengan mengamalkan bersahur itu menunjukkan kita menyanjungi sunnah amalan Rasulullah dan mengikuti sunnah Nabi sebagai bukti kecintaan kita kepada baginda. Jika diteliti daripada sudut sains kesihatan moden sekalipun, jelas amalan bersahur itu menepati piawai menjaga kesihatan tubuh dan sebagai persediaan berpuasa di siang hari. Misalnya daripada laporan kajian Dr Theresa Nicklas, seorang pakar kesihatan dari Kolej Perubatan Baylor yang melakukan satu tinjauan terperinci bersama rakannya mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi akan berkemungkinan menanggung risiko dua kali ganda kekurangan zat besi dalam darah dan akan membawa kepada penyakit anemia, iaitu sejenis penyakit akibat kekurangan hemoglobin dalam darah. Kajian itu dikeluarkan kepada umum pada 24 September 2001.
Justeru, dapat kita kaitkan di sini bahawa amalan bersahur menepati kehendak sains kesihatan dalam mempersiapkan anggota tubuh dengan perbekalan zat yang sepatutnya. Ini kerana bersahur itu juga adalah bersarapan pagi. Demikian hebatnya sunnah Nabi yang telah lebih 1,400 tahun dulu diamalkan dan baru kebelakangan ini pakar sains moden berjaya menemui khasiat dan keutamaannya kepada kesihatan manusia. Tepatlah dikatakan bahawa semua urusan Allah adalah indah dan ini terbukti dalam amalan bersahur. Bersahur adalah satu ibadah dan melaksanakannya bermakna mencintai sunnah Rasulullah. Ia bukan sekadar memenuhi perut dengan makanan dan minuman.
Monday, August 16, 2010
Kisah Waktu dan Cinta
Suatu ketika, ada sebuah pulau dimana semua perasaan tinggal: Happiness (Kebahagiaan), Sadness (Kesedihan), Knowledge (Pengetahuan), Vanity (Kesombongan) dan semua orang lain, termasuk Love (Cinta). Suatu hari, telah diumumkan kepada mereka bahawa pulau itu akan tenggelam, sehingga semua dibina perahu dan pergi. Kecuali untuk Cinta.
Cinta adalah satu-satunya yang tinggal. Cinta ingin bertahan hingga detik-detik terakhir.
Ketika pulau itu hampir tenggelam, Cinta memutuskan untuk meminta bantuan.
Kekayaan melewati Cinta dalam sebuah kapal yang megah. Cinta berkata,
"Kekayaan, bolehkah kau membawaku bersamamu?"
Kekayaan menjawab, "Tidak, aku tidak bisa. Ada banyak emas dan perak di perahu aku ada di sini tidak ada tempat bagi kamu.."
Cinta memutuskan untuk bertanya Vanity (Kesombongan) yang juga melewati dengan sebuah kapal yang indah. "Vanity, tolonglah aku!"
"Aku tidak bisa membantu kamu, Cinta kamu basah dan kotor. Ini akan merosakkan perahu aku," jawab Vanity.
Kesedihan pun melintasi Cinta dan Cinta bertanya, "Kesedihan, biarkan aku pergi dengan kamu."
"Oh .. Cinta,. Aku sangat sedih bahawa aku perlu sendiri!"
Kebahagiaan berlalu oleh Cinta, tapi dia sangat gembira bahawa ia bahkan tidak mendengar saat Cinta memanggilnya.
Tiba-tiba, ada suara, "Ayuh, Cinta, Aku akan mengambil engkau." seorang tua berkata kepada Cinta. Maka Cinta pon berlayarlah besama si tua itu, oleh kerana terlalu gembira Cinta terlupa bertanyakan tentang si tua itu.
Setelah tiba di sebuah pulau yang selamat dan selesa si tua tersebut meninggalkan Cinta. Menyedari betapa banyak yang berhutang kepada si tua,
Cinta bertanya Knowledge, "Siapa Membantu saya?"
"Itu adalah Waktu," jawab Knowledge.
"Waktu?" tanya Cinta. "Tapi kenapa Waktu membantu saya?"
Knowledge tersenyum dan menjawab, "Kerana hanya Waktu yang mampu memahami betapa berharganya cinta dan hanya masa yang mampu mengubati cinta"
Tuesday, June 15, 2010
praktikal o praktikal
sepatutnya da sibuk cr article tp tah sush tol nk msk emerald. sem ni kitorng blum kena pangil tuk taklimat g...so still samar2 mende nk wat...
praktikal mcm besa la...time ada keje ada la...lepas ni ak pon xtau nk smbg g @ nk keje.
nk keje cam sush... nk sambg pon bukan senang huhuhu...
setakat ni keadaan kat ofis ok2 ja... harap2 ok sampai hbh..
rindu gak nk g class blik...skg da xsama...