Thursday, September 23, 2010

PraKTikal oh praktikal 2

Seperti sedia maklum aku adalah student praktikal di sebuah opis yg segak dan megah (opis baru la katakan). pejam-celik da masuk bulan ke-4 aku ada kat sini. huh lagi 1 bulan berakhirla tempohnya o yeah....!. buat masa ni banyak juga perkara menarik yang aku dah lalui masam, mis, pahit, masin, masam dan 1000 macam rasa lagi.

Tengok ja opis kecik tapi macam-macam orang aku jumpa kat opis ni. wakaka yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. begitu berbeza alam pekerjaan dan alam belajar. kekadang tergelak sendiri sebab masa time balajaq rasa benda paling susah nak handle lecturer yang macam-macam perangai. so far rupa-rupanya lecture punya feel 2 biasa-biasa ja kalu nak dibandingkan dengan spesis yang ak baru jumpa ni...hehehe!!! macam-macam ada!!!.

Aku bukan nak jadi kurang asam boi nak kata semua orang kat opis ni xbest....cuma 2,3 spesis ja yang memeningkan kepala.... kat sini aku nak listkan sikit spesis yang aku da observe...
1. spesis lebih sudu dari kuah
2. spesis kacang lupakan kulit
3. spesis kaduk naik junjung
4.spesis lidah bercabang (cam ular)
5. spesis perasan diva
6.spesis 'fire stone'
7. spesis talam bermuka-muka (hampeh...kalu kuih seri muka best gak makan ramai2)
8.spesis ulat naik daun
9.spesis biskut chipsmore (hahahah tau2 ja la)
10. spesis baling batu sembunyi tangan

Opismate yang lain okey2 ja. sebenarnya banyak yang baik. rasa cam best ja ley kenal ngan diaorang. banyak pengalaman yang aku kutip dari diaorang. anyway....aku bersyukur gak sebab dapat kenal macam-macam spesis...sekurang-kurangja dapat gak ak develop skill baru cam na nak settelkan problem yang timbul...

Jangan Jadi Seperti Gelas


Seorang guru sufi mendatangi salah seorang muridnya. “Kenapa kau selalu tampak murung nak?” Bukankah banyak hal indah di dunia ini ?”. “Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang guru bertanya. “Guru kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah,” jawab anak muridnya. Sang guru tersenyum. “Nak, ambilkan segalas air dan 2 genggam garam. Bawalah ke mari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu ”. Dengan tidak besemangat, si anak murid melaksanakan jua permintaan gurunya itu.


“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu. Setelah itu cuba kau meminumnya sedikit.” Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air masin. “Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajahnya masih mengernyih. Sang guru ketawa kecil melihat wajah anak muridnya yang menyeringai kemasinan. “Sekarang ikut aku.” Sang guru membawa murid nya ke danau berhampiran tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau. Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang guru.

Si murid mengambil air danau menggunakan tangannya. “Ahh, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangan. Tentu sahaja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin di mulutmu. “Terasakah masin garam yang kau taburkan tadi ? ” soal guru. “Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang guru hanya membiarkan muridnya meminum air danau tersebut sampai puas.

“Nak, segala masalah dalam hidup itu seperti garam. Banyaknya masalah dalam hidup itu seperti garam. Tidak kurang, tidak lebih. “Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah diqadarkan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlanya tetap, begitu-begitu sahaja, tidak kurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian.

“Tidak ada satu pun manusia yang bebas daripada penderitaan dan masalah.” Si murid terdiam. Mendengarkannya. “Tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya hati yang mampu menampungnya, jadi nak, supaya tidak berasa menderita, berhentilah menjadi gelas. Jadikanlah hati dalam dadamu itu sebesar danau.”